Hari ni balik kampung. Mmg dah niat nak bwk something ke kampung. Lama fikir niii... Nak bwk apa la ke kampung. Okay...kita buat cream puff saja la. So set alarm pukul 4.30pg. Tp tak bunyi pulak jam. Oooo rupanya2 alarm tu saya set bunyinya hanya utk isnin-jumaat jer. Sabtu ahad tak bunyi! Nasib baik tersedar pukul 5pg. Cepat2 bangun lari ke dapur.
Okay ini resepinya..
Resepi dari Azlita
Bahan2nya utk 30bj cream puff:
Bahan2nya utk 30bj cream puff:
100 ml air
45gm butter (suhu bilik & dipotong kecil2)
60gm tepung gandum (ayak dulu)
2bj telur (yg bila telah dipukul/dikocok jd 100gm)
Cara2nya:
1. Alas loyang dgn alluminium foil & sapu minyak ke atasnya.
2. Masukkan air & butter dlm periuk dan panaskan atas api sederhana hingga butter cair dan mendidih.
3. Padamkan api dan masukkan tepung dan kacau cepat2 hingga sebati.
4. Letak semula ke atas api dapur & kacau adunan semula hingga ada kepingan2 kecil di periuk.
5. Padamkan api..biarkan sekejap dlm 3-4mnt. Lepas tu baru masukkan telur dan kacau sebati.
6. Masukkan dlm piping bag yg ada nozel sama ada nozel bulat atau nozel bunga. (Saya guna nozel 2D)
7. Pipekan atas loyang anggaran diameter 4cm
8. Basahkan jari dan tekan2kan sikit sikit bahagian atas puff yg memuncung supaya jadi cantik.
9. Kemudian, spray air ke atas puff2 yg dah dibentukkan atas tray.
10. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pd suhu 200c selama 15mnt. Lps tu turunkn suhu ke 180c dan bakar semula selama 15-20mnt.
9. Siap! Biarkan sejuk lps tu dah boleh pipe kan kastard cream kat dlmnya.
Okay...disebabkan saya dah lambat nak bersiap & tak packing baju lg..jadi saya lupa nak snap2 gambar custard creamnya pulak..hahaha... Tp ni dia resepi custard creamnya. Utk resepi custard cream ni..saya paling suka resepi ni sbb senang sgt & sedap!
Bahan2nya:
500ml susu segar
100gm gula
1bj telur
1bj telur kuning
50gm tepung kastard
1 tsp vanilla essen
4 tbs whip cream
Cara2nya:
1. Panaskan susu & gula dgn api yg kecil.
2. Sambil tunggu susu panas, pukul telur, tepung kastard & essen vanilla. Kalau terlalu pekat, saya masukkan susu segar sikit supaya senang nak kacau sebati.
3. Bila susu dah mula panas, masukkan separuh susu ke dlm mangkuk bancuhan telur & tepung kastard tu. Kacau sebati.
4. Tapis bancuhan no.3 td ke dlm susu panas td dan kacau atas api yg sederhana hingga pekat.
5. Padamkan api dan masukkan pula whip cream. Kaau sebati dan tunggu custard cream agak2 sejuk dan boleh pipekn dlm puff td.
6. Tp adunan custard cream ni boleh isi lebih dr 50cream puff tau. Custard cream ni boleh juga digunakan utk buat fruit tart.
7. Letak cream puff dlm paper cup & dust kannya dgn icing sugar.
Tadaaaaaa....dah siap.
Alhamdulillah...selamat mencuba readers! Kalau ada yg tak faham..dont hesitate to ask me kay! Kalau tak sempat mencuba..hehehe..saya sedia menerima tempahan..roger jer saya kay..insya allah boleh.
love
ManisNo.7 by Ratna






No comments:
Post a Comment