Assalamualaikum..
Wahhh.. dah lama tak update.. sgt bz lps tu terlupa pulak i ada blog makanan ni.. ha ha ha..
Baru-baru ni i buat roti. plan mmg dah lama nak buat roti..tp asyik tertangguh.. paling menyedihkan niat nak buat roti tergendala sbb blade utk breadmaker saya hilang. kalau dah hilang mcm mana mesin tu nak menguli roti saya??? huhuhu.. sedih sungguh! so tak boleh la nak buat roti pakai bread maker.. sayangnya bread maker saya terbiar mcm tu jer.
so..skrg kalau nak makan roti kena tunggu mood rajin sbb nak kena uli pakai tangan.. manually.. and the mood had arrived baru2 ni.. ha ha ha.. saya buat roti biasa jer.. yg basic2 jer.. tp intinya saya buat separuh letak nutella & separuh lg kosong.
then next day nya pulak saya buat roti sosej pulak.. tp tersalah adjust.. roti jd lebih gebu sgt2 la pulak..sepatutnya 1 adunan tu saya boleh buat utk 6 sosej..so tak la gebu sgt jadinya..
Roti Basic Versi Ratna
Bahan2:
200gm high protein bread flour
20gm gula castor
1/4 sudu garam
140ml susu segar
3gm mauripan yeast
20gm mentega
cara2nya:
1. satu kan tepung, gula & garam dlm mangkuk.. amik whisk dan kacau rata
2. buat lubang di tengah-tengah tepung dan tuangkan susu segar & masukkan yeast.
3. uli sekejap dan masukkan butter. uli hingga sebati.
4. bawa adunan ke tempat yg rata.. dan uli sambil tabur2kan tepung supaya adunan tak melekat
tempat menguli.
5. uli lagi sambil taburkan tepung sehingga adunan tak melekat di tangan. kalau still sticky.. taburkan tepung lg dan uli.. tp jgn sampai adunan jd liat.. biar yg sedang2 jer.. antara lembut dan kenyal..
6. letakkan adunan roti dlm mangkuk semula.. tutup dgn kain atau plastik dan biarkan dlm 1 stgh jam atau 2 jam.
7. slps 1 stgh jam - 2jam.. keluarkan roti yg dah mengembang tu ke tempat rata.. tumbuk2 roti utk keluarkan angin. uli kan sekejap.. lps tu buatkan bentuk bulat2 dan susun dlm loyang yg telah disapukan mentega. jarak kan antara satu sama lain sbb nnt dia akan mengembang.. time ni kalau nak letak inti boleh la.. inti nutella ke.. coklat ke.. sambal ikan bilis ker.. apa2 jer la..
8. biarkan sehingga roti naik mengembang.. anggaran masa 2-3 jam..
9. bila dah cukup kembang.. sapukan di atas roti dgn sedikit mentega.. sikit jer.. dan bakar selama 35mnt pada suhu 160c. jgn lupa panaskan dulu oven tu..
10. 5 mnt sblm tamat tempoh bakar.. keluarkan sekejap dan sapukan mentega lagi di permukaan roti. masukkan semula dlm oven dan sambung bakar utk 5 mnt terakhir tu.
11. selepas selesai membakar.. sapukan lagi mentega di atas roti. siap.
oooo.. okay.. one more thing.. slps step no. 7 boleh juga dicanai kat tempat rata dan terapkan acuan donut. lps tu biarkan sekejap dlm 1 jam.. lepas tu boleh goreng.. jadi la donut! magic tak.. ha ha ha..
Seronok tau buat roti ni. seronok tgk dia mengembang naik.. lg seronok bila family kita makan..anak2 saya suka.. lg suka bila letak nutella dlmnya..
selamat mencuba friends!!!
Love
ManisNo.7 by Ratna



Hi, how can I contact you? Boleh bagi email x?
ReplyDeleteHi dear.. U can email me at manisnombortujuh@yahoo.com.my.. Tq..
DeleteCheck you email okay. Tq :)
Delete